Assalamulaikum…wr.wb
Dinuansa ramdhan ini mari
kita tingkatkan ketakwaan kita kepada ALLAH karena banyak kelebihan – kelebihan diantaranya adalah sebagai berikut:
1.Dibelenggu para syaitan dan
jin.
Menurut Imam As-Syafie hanya
jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas
lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.
“Apabila tiba awal malam
dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat
at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah
pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan
kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan
nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang
kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah
kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah
pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian
syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)
2. Amalan sunat diberi pahala
fardhu dan fardhu diganda 70 kali.
“ Menunaikan yang sunat
diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda.
Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5
x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala
solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu
mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat
yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1
dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.
“Daripada Salman r.a. ia
berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban
dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan
yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya
satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan
berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada
malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada
Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia
mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang
melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala
seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari
Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan
Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan
kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!
Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan
orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan
keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan
Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)
3. Pintu neraka ditutup.
Pada bulan Ramadhan,
kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan
pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal
oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga
lepas Ramadhan.
4. Dibuka semua pintu syurga.
Dari Abu Hurairah r.a.,
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah
pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan
pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang
sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat
menikmatinya pada bulan ini.
5. Allah perhiaskan syurga.
Allah percantikkan syurga
yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari
berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.
Bahawa syurga
berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya
bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan
bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun
kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan
seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah
di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang
yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya :
Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah
malam Ramadhan .
6. Dilepaskan tahanan neraka
Dalam bulan Ramadahan (di
akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari
neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang
berdo’a akan dikabulkan do’anya.”
7.Ramadhan ialah tetamu yang
mendatangkan keampunan Allah
Dalam sebuah hadis,
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu
segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan
puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang
datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka
makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu
dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu
pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang
ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.
Dari Abu Hurairah r.a., dari
Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan
dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan
baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a.,
katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata
dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh
orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan
makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“
8. Tawaran Pengampunan dosa
lepas dan akan datang (2 tahun)
Dari Abu Hurairah r.a., dari
Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan
dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan
baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a
berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan
Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang
solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada
Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Diriwayatkan oleh Abu
Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh
keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya
yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan
dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Terimakasih dan berikan
pendapat anda
Wassalam.